Jumaat, Disember 10, 2010

Kosa Bicara

Perjalanan kita
belum bernoktah
Selagi nafas masih ku hela
Selagi rasa masih berbahang
Selagi bayang masih bertaut
Selagi tulangku belum reput
Perjalanan kita
masih
belum
bernoktah
Akan aku jelajahi
menurut mata hatiku
secerah mana aku bersinar
sehebat mana aku kecapi
segalanya belum berakhir di sini
Ruang ku
Masih melaut lagi

Ahad, Oktober 10, 2010

Persoalanku

Mengapa mereka sering benar menyerah kalah?
Apa yang sebenarnya akar masalah yang mereka hadapi?
Tidakkah kita sentiasa berada di sisi untuk saling mengingati
Saling menyemai nilai yang murni
Saling bersemuka dengan alam dan diri
Saling mengerti akan apa itu makna kejayaan

Agar menjadi inspirasi bersama
Agar kekal berjuang mengejar kejayaan
Agar kekal berdikari sama tinggi
Sebagai perisai diri
Sebagai berkulit manusiawi
Sebagai insan yang berbudi
Sebagai insan yang saling mengingati
Akan apa itu hakiki dan renung diri


Mengapa mereka sering menyerah diri
Kepada azam yang ibarat batuk di tepi tangga
Kepada kemahuan yang tidak beraspalkan usaha
Kepada keinginan diri yang tidak berispirasi
Kepada cita-cita yang tiada landasannya
Kepada diri yang hilang semangatnya


Mengapa mereka menyerah diri?