Rabu, Jun 27, 2012

Rindu Ku

Salam kerinduan khas buat mu
Berbulan sudah tiada coretan perjalanan kehidupan di dadamu.
Terdetik ingatan terhadap mu sesaatku terpandang kelibat bayanganmu
Terasa suatu godaan menjinijing jari jemariku
Menari-nari bersama mengalunkan kata sambil mencurahkan rasa
melilit perasaan ketika menghadapi pelbagai dugaan masa
Bercambur baur kepahitan keperitan keinsafan keredhaan merenung diri
Tidak terpikul beban yang diundang menerpa menembusi pintu hati
Mengiringi setiap perjalanan kehidupan yang hakiki

Khamis, Februari 23, 2012

Sastra Bandingan

Aku keliru dengan sastra bandingan. Apa sebenarnya yang ingin dicapai di akhir membandingkan dua karya yang berbeza baik dari segi bahasa, latar dan isi. Andainya dibandingkan dari segi bahasa, tidakkah ianya amat merumitkan kerana gaya bahasa yang dipergunakan oleh setiap pengkarya itu tentunya berbeza? Tentunya gaya pengarangan Chairil Anwar dan Usman Awang itu berbeza seperti bumi dan langit. Setiap pengkarya itu mempunyai identitinya yang tersendiri dalam menghasilkan karya-karya mereka.
Oleh itu tidak secara langsung, setiap karya yang dicipta membentuk alunan perbezaan antara karya yang terdahulu walaupun daripada pencipta yang sama.

Pening aku fikirkan..
Apa yang sebenarnya yang diinginkan
Pusing aku fikirkan
Apa yang sebenarnya yang dibandingkan
Aku fikirkan
Segalanya yang bergandingan
Tentunya ada perbezaan dan persamaan
Itulah yang ingin aku fikirkan.
Dalam menyelami hati nurani
pengkarya yang aku kagumi.

Khamis, Januari 19, 2012

Aku

pernahkahkaurasakan
apayangkauidamkan
tidakakandapatkau miliki?
pernahkahkaurasakan
segalayangdirancangtidak menjadi?
pernahkahkaurasakan
perasaanyangmencengkam diri?
pernahkahkaurasa
yangkaubelumpuas lagi
pernahkahkaurasa
yangkaumampuberlari
pernahkahkaurasa
yangkauperlumenyendiri

akurasa
segalakepedihankehidupan
segalakebahagiaanini
Tetapisayang
tidakmencukupi

akurasa
akumampuberdirisendiri
akumampupergijauh lagi
akumampu
bersendiri
melayarikehidupanini
akurasa
apayangkaurasakan
tetapi
pernahkahkaurasaapayang aku rasa?