Khamis, Februari 23, 2012

Sastra Bandingan

Aku keliru dengan sastra bandingan. Apa sebenarnya yang ingin dicapai di akhir membandingkan dua karya yang berbeza baik dari segi bahasa, latar dan isi. Andainya dibandingkan dari segi bahasa, tidakkah ianya amat merumitkan kerana gaya bahasa yang dipergunakan oleh setiap pengkarya itu tentunya berbeza? Tentunya gaya pengarangan Chairil Anwar dan Usman Awang itu berbeza seperti bumi dan langit. Setiap pengkarya itu mempunyai identitinya yang tersendiri dalam menghasilkan karya-karya mereka.
Oleh itu tidak secara langsung, setiap karya yang dicipta membentuk alunan perbezaan antara karya yang terdahulu walaupun daripada pencipta yang sama.

Pening aku fikirkan..
Apa yang sebenarnya yang diinginkan
Pusing aku fikirkan
Apa yang sebenarnya yang dibandingkan
Aku fikirkan
Segalanya yang bergandingan
Tentunya ada perbezaan dan persamaan
Itulah yang ingin aku fikirkan.
Dalam menyelami hati nurani
pengkarya yang aku kagumi.